14 September 2009

Kenyang acikkaw....

Baru-baru ni acik diajak berbuka di rumah kawan acik.Seronok berbuka dengan kengkawan ada lauk ikan sembilang salai dan ayam masak asam pedas . Dah menjadi rutin bila  bulan puasa ni kami bergilir-gilir berbuka puasa bersama namun tak dapat kami menjemput yang lain-lain .Yang seronoknya acik sempat berbual dengan mertua kawan acik tu dari kisah keluarga hingga kisah Jepun dan kisah hari kemerdekaan . Dalam hati hebat juga orang tua ni...walau umur dah hampir 90 tahun tapi ingatan masih kuat lagi.Berbuallah kami maklumlah cerita zaman dulu-dulu acik suka tu .Acik memang suka berborak  dengan orang tua-tua banyak yang kita boleh ambil iktibar....Disebabkan masa tak mengizinkan kerana masing-masing ada hal kami janji nak sambung cerita pada hari yang lain. Mungkin banyak yang boleh kami tahu terutama kisah kehidupan dan perjuangan orang dulu-dulu . So..kami pakat nak rakam dan videokan temu bual tu nanti...teruja acik.Lepas ni tak tau berbuka rumah siapa pulak tengoklah siapa yang kena... kenyang acikkaw.

No comments: