15 September 2009

Loteh acikkaw...

Meradang betul acik kalau tak ingatkan bulan puasa ada yang kena tibai kat acik.Manakan tidak ada sorang kawan acik ni macam tak paham-paham tang kerja asyik alasan je akhirnya dia pulak marah acik kononya tak berapa paham apa yang acik ajar selama ni ha..buang boreh yolah selama ni kita buat kursus makan jelah yang kau orang dapat. Kalau orang muda tak boleh buat kerja asyik blur memanjang ..apa nak jadi . kalau budak-budak boleh kita jolok -jolok asyik menyalahkan orang bila nak tengok kerja sendiri. Kalau tak iklas bila-bila pun Tuhan tutup hati ,gelapkan jiwa dan lemahkan tenaga .Kalau tak minat apa pun memang tak jadi ... kalau ajar budak acik rasa dah boleh berlari dah ....masa acik cakap kat depan bukak pulak  internet elok bena.. lah tu lepas tu orang dengar awak blur memanjang. Loteh acikkau.....

14 September 2009

Kenyang acikkaw....

Baru-baru ni acik diajak berbuka di rumah kawan acik.Seronok berbuka dengan kengkawan ada lauk ikan sembilang salai dan ayam masak asam pedas . Dah menjadi rutin bila  bulan puasa ni kami bergilir-gilir berbuka puasa bersama namun tak dapat kami menjemput yang lain-lain .Yang seronoknya acik sempat berbual dengan mertua kawan acik tu dari kisah keluarga hingga kisah Jepun dan kisah hari kemerdekaan . Dalam hati hebat juga orang tua ni...walau umur dah hampir 90 tahun tapi ingatan masih kuat lagi.Berbuallah kami maklumlah cerita zaman dulu-dulu acik suka tu .Acik memang suka berborak  dengan orang tua-tua banyak yang kita boleh ambil iktibar....Disebabkan masa tak mengizinkan kerana masing-masing ada hal kami janji nak sambung cerita pada hari yang lain. Mungkin banyak yang boleh kami tahu terutama kisah kehidupan dan perjuangan orang dulu-dulu . So..kami pakat nak rakam dan videokan temu bual tu nanti...teruja acik.Lepas ni tak tau berbuka rumah siapa pulak tengoklah siapa yang kena... kenyang acikkaw.

09 September 2009

ACIKKAW DAH O.K DAH....

Alhamdulillah , syukur pada Tuhan acik dah semakin ok. So..selamat berpuasa dan menyambut Hari raya untuk semua. Maaf kepada pembaca dan yang mengenali acik jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata.

01 September 2009

Poning acikkaw...

Beberapa minggu ni rasa tak sihat badan ,angka semacam . Kepala pulak sakit menjalar ke tengkuk,telinga ,mata dan nak kata sakit gigi tak pulak. Acik rasa macam migrin pun ada.. .
Poning acik bukan kat kepala je rupanya kat hati pun sama .Apa tak nya masa tulah acik sibuk urus perkahwinan anak sedara acik dah tu kakak acik yang baru balik dari negara orang puteh pulak kena serangan jantung,dah tu pulak anak sedara acik yang sorang lagi tah tesampuk mana dah mencacau pulak.Masa tu jugak acik sibuk nak periksa ... aduh tension acik.Dalam keadaan tu , acik betul-betul tak ada daya nak gi pejabat so acik cuti agak 2 minggu . Anak-anak pulak demam panas risau juga dengan penyakit sekarang ni..minta Allah jauhkan musibah kat acik dan keluarga.Poning acikkaw ...