27 October 2009

Sakik perut acikkaw..

Malam hari Keluarga tu, adapertandingan' kira ok' macam-macam pesen kawan-kawan acik menyanyi .Acik pun tumpang sekaki lagu biasalah ..Tenda Biru lagu kegemaran Induk Den suara tak penting janji bukak mulut .Yang kelakar tu kawan acik yang sorang ni... pegawai acik gak .tiba-tiba dengan sporting naik pentas nyanyi lagu jujur .Belasah habis kawan acik tu macam orang mabuk suara jangan kira lah janji happening he..he..terkikik -kikik acikkaw ,bersorak2 kawan-kawan yang lain, isteri dia pun macam tak pecaya .Sakit perut acik tegolak .....Terima kasihlah kat kawan acik tu aksi dia tu buat acik senyum memanjang .Siap download lagi dari blog MPTP tengoklah.....Acik respek kat semua keluarga yang sporting dan memberikan kerjasama .

Suka bona acikkaw....

Semalam hari keluarga pejabat acikkaw... happy  acik pasal suka sangat dapat jumpa kawan-kawan dan keluarga masing-masing pasal dah lama tak buat program macam ni. Masa sukanika kumpulam acik dapat no 4 pasal kawan-kawan lain tu main tipu..tak pe janji happy.Banyak makanan tak terkira makan  sampai pagi pun tak habis , hadiah sponsor pun banyak .Terima kasih buat kengkawan yang tulus mulus menjayakan program ne..Anak acik hari ni sampai letih litak macam berat nak ke sekolah .Hari keluarga di ISMAH RESORT .Pengkalan Balak pejabat acik ni amatlah meriahnya rugi pada sesiapa yang tak join. Siap bawak dapor lagi goreng pisang,rebus jagung, bakar ikan ...malaslah acik nak cerita ..suka bona acikkaw...

20 October 2009

Bangga acikkaw...

Semalam baca surat khabar , ada berita pasal abang acik yang sorang lagi tu....dah dilantik sebagai Hakim Persekutuan .Semoga Allah s.n.w memberkati abang acik tu  serta dapat menjalankan tugas dengan bijaksana, diberikan kesihatan yang baik, murah rezeki dan segala kebaikan .Berkat doa kedua ibubapa , usaha , keiklasan ,kebaikan dan kasih sayang semoga abang acik sentiasa berjaya dalam mengejar cita-cita.Bangga acikkaw......... acik sangat berterima kasih atas segala-gala yang abang acik berikan dan korbankan terhadap keluarga. Walau mak dah tiada doa aruah untuk kita insyallah akan diberkati sampai bila-bila . Teringat masa berbual2 aruah mak doa untuk acik agar berjaya dalam pelajaran tu beberapa hari sebelum meninggal, Selepas tu acik dapat anugerah dekan utk semester  tersebut . Amin..

Handal bona abang acikkaw......

Semasa kenduru kawin anak sedara acik tempohari ,acik tak berapa sihat nak jugak kuatkan hati badan tak larat betul nasib baik sehari sebelum tu acik rasa sihat sikit tambah bila tengok sedara ramai-ramai tu hilang sakit sekejap .Abang acik yang sorang ni memang kelakar selalu orang tak tau nak marah camne selambe je. Dua tiga kenduri lepas abang acik ni tak sempat nak balik pasal kesibukan dgn tugas so kali ni kena ambik tugas menyambut tetamu pasal yang senior ramai dah tarik diri .Kali ni kami bagi cemerlang kat abang acik ni pasal handal menyambut tetamu dari tepi jalan raya lagi dah mula bersalaman dan berpelukan  dengan tetamu walau hari panas terik serta tetamu yang tak putus-putus hingga selesai .Nampaknya kali ni kehadiran abang acik kali ni  penuh sebelum, semasa dan selepas kenduri....macam tu lah sunyi bila dia tak ada .Handal abang acik....bila pulak nak menantu ?

Sibuk acikkaw....

Tahun ni tahun yang sibuk bagi keluarga acikkaw... yang dara dah kena pinang, yang bujang dah pulak melamar anak orang. Anak sedara acik ramai baik lelaki baik juga yang perempuan yang besar ada, yang tinggi ada, yang putih ompok pun ada ,hitam manis belambak.. berebut orang tu nak buat menantu . Boleh dikatakan  selang dua bulan buat kenduri kawin , yang teruk mak-mak dan pak-pak sedara sakit2 pinggang dan sakit lutut.Baru minggu lepas anak buah acik yang sorang tu kawin lalu bawah pedang lagi kawin dengan kepten lah kata kan ..minggu ni yang sorang lagi nak betunang pulak sibok bona acikkaw...syukur pada Tuhan ...rezeki tu..Cuma acik ni larat ke tidak..

Puisi acikkaw...tiba-tiba je..

Puisi ni untuk ketua-ketua yang berada di sana agar sentiasa adil dan bertanggungjawab.

SURIA

  Ku impi indah suria

  Tidak terlindung

  Walau panas cahayanya

  tidak pula ia  membakar


 Ku nanti sinarnya suria

 Biar cahayanya terserak jauh

 Menerangi ke seluruh alam

   acikkaw 2009

 

 

Lepak raya....

Raya tahun ni , macam biasa acara lepak raya biasanya dihabiskan dengan makan-makan dan cerita kisah-kisah  lama-lama dan tak tinggal anyam ketupat sekali ...mengumpatlah tu. Lepak raya bermula dari malam raya biasanya mah acik atau mah akak acik yang tinggal di bukit nun...
Akhir-akhir ni malam raya acik cuma  dengan keluarga je ..tak macam selalu masa mak-abah ada semua berlonggok mah mak acik nasib baik juga rumah akak acik kat sebelah tu ada , riuh jugalah dengan anak cucu kalau diaorang dah besar nanti ttak taulah...agaknya tumpang bunga api rumah sebelah.. masa tu anak-anak acik mungkin dah besar acik pun mungkin dah rasa hari  semakin sunyi kalau panjang umur dapatlah tengok anak cucu berayasakan kan  . Insyallah .... lepaklah...

01 October 2009

Macam-macam acikkaw.....

Ruangan macam-macam acikkaw akan disiarkan tak lama lagi .....antaranya akan acik paparkan koleksi gambar kenangan ,minat, resepi, pengalaman dan lain-lain...tunggu....

SELAMAT HARI RAYA ..datanglah mah acik..

Raya tahun ni acik rasa macam tak terasa sangat tah kenapa ..agaknya acik tak berapa sihat kot.Namun hapening jugak lah.. sedara biasalah ada yang tak datang pasal acik pun tak sempat datang mah diaorang he..he... Kawan-kawan ramai juga yang datang tapi acik tak dapat nak jamu diorang dengan macam-macam ala kadar je maklumlah dahlah tak sihat dah tu tak cukup kakitangan pulak .Raya ni acik rasa paling cool pasal tak sibuk sangat buat persiapan cuma seronok ramai yang datang rumah .Macam-macam aktiviti anak buah acik yang ramai tu seronok gak tapi ...dalam hati kalau ada mak-abah kan best...