20 December 2010

Tahun 2010 semakin berlalu ..........

Tahun 2010 semakin di penghujungnya ....banyak yang dilalui .Sukanya acikkaw baru menamatkan pengajian peringkat Sarjana yang diimpikan dari dulu lagi .Majlis konvo yang lalu diadakan di Dewan PWTC K.L ,dapat pula kenaikan 34 Cemerlang syukur lagi.Boss baru ,semangat baru.Aktiviri CC9 Club mengisi setiap percutian berjaya diadakan .Gunung Datuk,Rembau,Cameron Highland,Bukit Broga,Kuala Tahan cuma Hari Keluarga CC9 tak larat......Sambutan Annervesary ke 18 meriah di Everly Resort ,.Melaka bersama adik beradik .Majlis doa selamat sempena Hari Raya Korban sukses..Kerja o.k mengikut ISO lulus cemerlang ...ada lawatan dari BTPN Melaka dan BTPN Pahang lagi.Apa pun kesihatan agak kureng tapi semakin baik.Rawatan berkala di SJMC insyallah Acikkaw akan kembali normal..doakan ye. Kepada kedua-dua saudara acikkaw yang telah meninggal dunia tempoh hari iaitu Abg Ahmad Salehuddin dan anak saudaranya Norhalina (Ina) juga class mate acikkaw ..Doa kami agar roh aruan dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin.

26 August 2010

Syukur ACIKkaw ...........


Walau pun banyak dugaan hidup kita ni tapi banyak pula rahmat yang diberikan .Cuma kita kekadang terlupa dan tak perasan kerana sifat manusia yang sentiasa merasa tidak cukup serta puas .Syukur pada Allah s.n.w keranan diberi rahmat dan kesempatan mengerjakan ibadah puasa tahun ni.Tahun lepas Acikkaw tak berapa sihat .......alhamdulillah tahun ni lebih bersemangat dan insyallah dapat berhari Raya dengan keluarga .Raya bagi acikkaw bukan saja yang indah2 tapi dapat berkumpul dengan keluarga,ssedara mara dan kawan-kawan itu sangat bermakna .Syukur acikkaw......

18 August 2010

RE-UNION kengkawan ACIKkaw .....



Bulan Jun yang lalu telah diadakan RE-Union di Pantai Klebang Melaka ...buat member-member MPIK tahun 87 -89 ....happy bona hati acikkaw pasal dah hampir 20 tahun tak jumpa .Program ni dah lama kami rancang melalui Facebook akhirnya sebahagian yang dapat serta .Insyallah bulan mac tahun depan kita jumpa di Cerating Kuantan .

BOSS baru ACIKkaw.......

Seronok bekerja sekarang ni pasal acik baru dapat boss baru .Agak serius orangnya dan sangat mementingkan kualiti serta prosidur kerja yang betul.Walau pun begitu dia nampak agak bertimbang rasa dan mesra dengan kami di bawah.Mula-mula agah payah sikit nak ikut rentak maklumlah pejabat ni macam rumah sendiri ...tang prosidur lagilah hancur.selalu acik kena tegur dan kadang-kadang berbalah pendapat .Apa pun beliau masih mahu mendengar dan suka pegawainya bercakap atas perkara sebenar.Selepas beberapa bulan banyak perkara yang acik dengar mungkin ada yang tak berapa setuju dengan cara beliau tapi pada pendapat acikkaw itu semua tak penting ...yang penting kita tahu apa matlamatnya seRta dapat melaksanakan tugas dengan baik jangan CAKAP SAJE TAK GUNA .......

14 May 2010

Hari Ibu buat ACIKkaw.....

Setiap tahun kita sambut Hari Ibu...Acikaw rasa beruntung orang masih ada ibu.Hri Ibu terakhir kami sambut adalah pada Mei tahun 2007 beberapa bulan sebelum mak acik meninggal ...masih ingat lagi kami adik beradik akan berkumpul macam-macam yang mak dapat ..alhamdulillah.Tah apa pulak tahun ni acik rasa lain bona...sedih ati acikkaw bila anak-anak buat tak tau walau adalah sorang dua yg ingat...ayang acik lambat ucap apa-apa walau malam tu kami diraikan di Gerai ikan bakar Serkam...Acik merajuk sesangat puas diaorg pijuk .ye lah kalau pendek umur tahun depan tah dapat ke tak sambut Hari Ibu ...Minta Allah s.n.w panjangkan umur ..dapat tengok anak-anak bosa .Di rumah sunyi je...anak-anak sedara pun macam tak kisah ..macam tak penting mak diaorang pun macam merajuk ...mungkin takpenting bagi diorang tapi penting bagi acik ...buat Ibu-ibu di luar sana kita kena selalu bersabar .....berdoa supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan sentiasa mengingati ibubapa mereka walau di mana....tHANKS TUK aYANG DAN ANAK-ANAK BAGI BUNGA ...sejuk hati acikkaw

Jiwa Rasa ...ACIKkaw

02 February 2010

Dah lamo acikkaw tak masuk blog ne...

Dah lamo bona acikkaw tak menulis ,apa pun banyak yang acik nak cerita tang kawan2 lama,tang kerja,tang keluarga dan aktiviti semasa.Tunggu....

11 January 2010

Teringin acikkaw...

Acik teringin nak tulis buku biografi keluarga acikkaw ,dah lama simpan niat .Entah bila nak mula .Sesiapa yang ada pengalaman boleh bantu acikkaw..harap seluruh ahli keluarga memberikan kerjasama samada maklumat,gambar,data atau sumber kewangan yang dapat membantu impian acikaw menjadi kenyataan.

Tiba-tiba je ...acikkaw

Tah tak de ribut,tak de angin tiba-tibe je acik gi Trengganu sambut tahun baru .Alhamdulillah semuanye o.k. Happy gak dapat jumpa kawan lama nasey .siap gi makan kopok dan lawat Masjid kristal.Kami menginap di Mayang sari Resort di Dungun , join family kawan acikkaw iaitu Induk Den .Seronok.... yang kelakar jumpa abang ipar kat resort sebelah ngan familymereka .Apa lagi aktiviti shopping dan beborak seperti biasa berjalan dengan lancar.Dalam perjalanan balik jumpa anak sedara di Bandar Muazzam sebab antar anak kembar diaorang di MRSM Pekan.Esoknya hari pertama sekolah ,anak-anak tetap bersemangat walau letih .Itulah aciikaw biasanya program yang tak dirancang menjadi ....yang dirancang 3 tiket terbang...