27 July 2009

Terkejut Acikkaw...

Mengucap acikkaw bila dengar berita sedara kawan acik dah meninggal pasal baru je cerita pasal diaorang. Acik betul-betul tak sangka macam novel bersiri dan sama penamatnya dengan filem melayu.Kesian acik pada mak ayahnya sedih tak terkata bukan seorang malah dua anak mereka .Oleh tu ..masa di dunia ni harus kita berbaik-baik dan jauhkan dari perbuatan yang salah .Hidup mati kita ditentukan oleh Allah s.n.w takut tak sempat.... Acikkaw pun sama minta dijauhkan segala yang mungkar. Apa pun Acik doakan yang baik untuk arwah dan diampunkan dosa-dosanya serta dicucuri rahmat atas rohnya. Amin.

Acikkaw tak kuasa..

Semalam acik jumpa salah sorang kawan acik ... banyak yang kami bual termasuk hal keluarga masing-masing . Tiba-tiba keluar cerita kekasih lama dia . Dah 30 tahun dulu.. pelik lak acik pasal katanya dia masih sayang sampai sekarang bak kata pepatah inggeris 'First Love' tahlah acik tak faham sangat macam mana sebab tak ada 'sejarah' lak . Apa pun acik rasa macam nak poning pulak sebab kawan acik macam dah angau gila bila jumpa kekasih lama .Pada acik dah berlalu tu biarlah . tak kan sama macam dulu-dulu.Perasaan dan soal hati ni boleh kejap datang, kejap pergi yang penting tanya diri sendiri apa sudahnya kerana sama-sama dah kawin, dah ada anak tak lama lagi nak bercucu. Agaknya 'LOVE ' apa yang tinggal kat bini dan laki masing-masing tu ye ..jangan ikut hati nanti mati .Eloknya kalian tak payah ungkit cerita lama ,tak suka acik dengar cerita ni lagi..cuma acik nak pesan kat kawan acik, yang jauh tu tak semestinya yang baik dan yang dekat tak semestinya buruk.. jumpalah yang pakar tang ilmu jiwa-jiwa ni , selesaikan ye ..buruk orang tua hilang akal . Anyway acik faham ....cuma tak kuasa..

08 July 2009

Tolong nasihatkan ...acikkaw

Semenjak dua menjak ni cepat pulak acik rasa hiba ,orang kata 'sensetip' benar la pulak. Tadi acik dengar anak mikael (MJ) nangis kat TV , tak semena air mata acik pun sama meleleh kat pipi. Sekarang ni, banyak perkara yang acik rasa tak kena , tak ada semangat lansung . Kat pejabat ni hati acik tak macam dulu2 ,puas acik ketepikan perasaan tu tapi memang acik hilang mood ,macam ada benda tak selesai. Cepat benar acik terasa bila ada yang berkata atau cakap tak betul pasal .... dan apa-apa komplen tentang tindakan acik dan kawan-kawan. Rasa kecewa pun ada sebab acik rasa orang masih tak faham-faham .Acik bukan artis nak glamour ... cuma manusia biasa yang sentiasa mencari keberkatan dengan melakukan kebaikan . Kadang-kadang terfikir juga kenapa orang selalu berprasangka kat acik . Itu soal hati lah agaknya .. acik faham hati manusia memang tak sama.Tolongah nasihatkan acik.. atau bawak acik gi chimping kat tempat-tempat yang menarik.

Apo kono tah acikkaw....

Tarikh 7 Julai sangat mengusik hati acik .Teringat tarikh acik kehilangan ibu yang disayangi yang kembali kerahmatullah pada 7.7.2007 sama dengan tarikh lahir dia. Hari ni perasaan acik sama macam mendung kat luar ... sejuk je . Tah ngapa dua tiga hari ni cuaca kat luar lain macam je acik rasa ...suram je ... buat acik hilang mood dan tak ghairah lansung , nak kata demam tak rasa panasnya, nak kata sakit tak tau puncanya, nak makan ubat tak tau penyakitnya , tah lah tak semangat lansung rasa angka badan acik ne ha.... Apo kono acikkaw .Untuk mak dan abah Alfatihah......

07 July 2009

Letih ACIKkaw....

Semalam acik pergi pejabat boss acik kat sinun .Tak ada yang penting sangat cuma nak ambil sijil dan barang-barang untuk program acik... masa acik sampai sunyi pulak acik rasa macam .....
huss..tak baik kan.Tak nampak batang idung sesiapa pun termasuk batang hidung yang acik cari.Nasib dalam pejabat acik dapat jumpa dia nampak macam sibuk bebona .Sian acik ..tapi dalam hati berkata nak acik jadi orang besar2 mestilah sibuk . Sebelum tu acik ke toilet bukan nak check atau nak ambik gambar cuma saja terpanggil kat situ.Rupanya ada kawan acik yang sorang tu tengah sibuk juga tel... tak sempat nak menegur acik gamaknya.sibuk jugak...Lepas tu acik naik ke atas nak urus beberapa perkara tak ada juga orang yang acik cari sebab keluar adahal ..sibuk juga.... .Masa berbual dengan seseorang di sinun katanya ramai yang sedang tunggu jawapan untuk berpindah . Apa hal...kata acik tak bahagia ke . kawan acik tu nampak macam sedih nak berpisah tapi tak ada yang memahami.. acik pun sedih juga tapi acik pun mungkin senasib dengan dia .Inilah sendiwara hidup suka dan duka silih berganti...lagipun siapalah kita .... lotih acik .

01 July 2009

Angin ACIKkaw.....

Nak jadi cerita Acik terima call dari rakan pejabat yang hampir dengan pejabat acik pasal nak ambil video majlis..... yang acik pelik apa hal pulak hal video ni mangadu kat acik . Tak layan nanti kita pun ada hal juga nak minta tolong diaorang. So, acik mintalah diaorang ikut prosidur macam biasa mohon izin dari boss acik. Silap karang nanti orang kata acik terlebih pulak. Nasib kawan-kawan sudi nak tolong cuma diaorang ;blur' lah sikit sebab tak tau hujung pangkal . Bila ari majlis tu , acik sampai iring bekas pegawai acik yang dah pindah tempat lain . Kawan-kawan acik pun pacaklah kamera tapi tak tau pulak susunan dewan tu lain macam, dah tu kawan acik mula mengelabah sebab sudut terhad. Acik tengok yang lain-lain sibuk semacam sampai tak sempat nak menegur apa tah nak mengajak duduk . Kawan yang call acik pun buat tak tau ... sibuklah gamaknya. Ada beberapa orang yang lain macam serba salah nak bawak acik duduk mana maka acik ngan kawan acik pun'tercogek' je kat luar .. apa lagi hangin Acikkaw.. depan boss diaorang acik caw... pertengahan majlis ada makan-makan so , kawan-kawan acik yang lain pun diorang tak ajak tak kan nak buat macam rumah sendiri Apa lagi diaorang pun sama tinggalkan majlis tu... tu yang acik angin tu nampak sangat orang dah tak hargai kita.