27 July 2009

Acikkaw tak kuasa..

Semalam acik jumpa salah sorang kawan acik ... banyak yang kami bual termasuk hal keluarga masing-masing . Tiba-tiba keluar cerita kekasih lama dia . Dah 30 tahun dulu.. pelik lak acik pasal katanya dia masih sayang sampai sekarang bak kata pepatah inggeris 'First Love' tahlah acik tak faham sangat macam mana sebab tak ada 'sejarah' lak . Apa pun acik rasa macam nak poning pulak sebab kawan acik macam dah angau gila bila jumpa kekasih lama .Pada acik dah berlalu tu biarlah . tak kan sama macam dulu-dulu.Perasaan dan soal hati ni boleh kejap datang, kejap pergi yang penting tanya diri sendiri apa sudahnya kerana sama-sama dah kawin, dah ada anak tak lama lagi nak bercucu. Agaknya 'LOVE ' apa yang tinggal kat bini dan laki masing-masing tu ye ..jangan ikut hati nanti mati .Eloknya kalian tak payah ungkit cerita lama ,tak suka acik dengar cerita ni lagi..cuma acik nak pesan kat kawan acik, yang jauh tu tak semestinya yang baik dan yang dekat tak semestinya buruk.. jumpalah yang pakar tang ilmu jiwa-jiwa ni , selesaikan ye ..buruk orang tua hilang akal . Anyway acik faham ....cuma tak kuasa..

No comments: