28 December 2009

Pak Mat sedare acikkaw....dah kawin

Orang kata jodoh ,ajal,maut adalah di tangan Tuhan ..apa pun tidak dapat kita menolak kerana setiap kejadian adalah atas kehendakNya dan hanya Allah snw yang maha mengetahui.Pun begitu dongan abang sepupu acikkaw yang sorang nih.Mungkin bukan jodoh ramai calon yang ditolak atas alasan tersendiri akhirnya bertemu jodoh dengan pasangan dari negeri Kedah .Tak perasan pulak acik dengan salah silah pertemuan keduanya mungkin atas cadangan atau rundingan kengkawan akhirnya tamatlah zaman bujang pada umur 49 tahun maka tak ada lagi yang bertanyo...bilo lae.???

Hujung tahun yang sibuk buat acikkaw..

Awal bulan Desember acik sibok pekse ..tau-tau jelah perangai acikkaw malam exam baru nak pogang buku kalau tidak heboh dek menyonge yo kato anak buah acikkaw.Habis exam anak-anak bujang acik besunat pulak so cuti 4 hari lepas tu sibuk lak buat kenduri dan doa selamat buat diaorang ,ateh acik join buat kesyukuran tuk menantu yang mula muntah-muntah dan buat along yang semakin ceria,akak acik yang memang acik buat kesyukuran atas kesihatannya yang semakin baik serta kepulangan anak dare dari negeri orang puteh ..from Shefield to...Jitra la iaitu Adibah the very ...he..he..So cuti bulan ne..acara melepak saje sampai tak ingat nak ke opis .Sebelum tu lepak kejap kat Ilham Resort di PD ramai-ramai yang budak-budak mandi-manda dan yang tua main urut-urut kaki masing-masing ,beborak macam tak pernah jumpa la pulak yang tak sempat join asyik menalipon jelous la tu..Lepas tu baru teringat Kajian kena hantar kat pensyarah ...stress la pulak nak selesaikan .Minggu depan tu abang sedara kawin sibok lagi ...

03 December 2009

Kat suratkhabar BH ada gambar acikkaw...

Galamer acikkaw ...cari BH 2/12/2009 nanti acik masuk kat blog.

02 December 2009

Alfatihah buat Paklong Acikkaw...

Entah hari tu ..acik tak rasa macam nak raya .Mungkin juga acikkaw sibok bona .Tak ada idea nak masak apa so beli daging terus sumbat kat peti ais, ingatkan nak masak rendang tapi lambat sikit.Dalam hati dah lama bona tak menjengok Pak Long acikkaw ingatkan lepas masak nak bawak sikit tuk dia yang dah tak berapa sihat maklumlah umur dah 90 tahun , baru sambut birthday semalam. Masa tengah siapkan makanan yang nak dibawa tah tiba-tiba talipon berbunyi bawa berita pemergian Pak long acik jam 2.10 petang .Terkejut acikkaw...lemah badan acik terus bergegas kat sana .Sempat juga aruah dikebumikan malam tu. Acik tengok anak2 pak long tak ramai yang sempat balik kesian... anak 14 orang yang ramai anak-anak buah dan cucu sedara .Setahu acik pak long seorang yang penyayang ,pemurah ,baik hati, hormat kat orang .Acik ingat masa uwan acik meninggal sebulam pak long acik menziarah kubur wan dan mengaji sekali bila masa dia ..Tahlah ...susah nak cakap panjang story .Aruah pak long acik tak banyak cakap pasal sembahyang hingga akhir hayat tak lupa khabarnya seperti yang dilihat aruah mengangkat takbir dan menyapu umbun kepala sebelum menghembuskan nafas terakhir..semuga Allah snw sentiasa memberkati aruah dan ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman..Alfatihah..